Wednesday, 27 November 2013

RING KEYCHAIN

item baru..
saya ada ring keychain bersaiz L.
sesuai untuk digunakan pada keychain bersaiz sederhana hingga besar.
saya pun guna sendiri keychain ni tau.
takdenye saya supply keychain yang dah berkarat.
tak baik.
so bagia anda yang nak beli ring keychain ni pm saya di fb or emel ye!
jom buat keychain banyak2!


Sunday, 17 November 2013

bantal untuk ieyfa & alan

istimewa untuk adik saya merangkap bff..
saya menjahit bantal daripada felt untuk dia dan suami..
memilih warna oren sebab ... hihhihi ada rahsianya
berkaitan nama dia sendiri.
tidak sangka adik saya sudah dewasa dan telah menjadi isteri orang.
tahniah dik..

ni untuk kamu..

tidak lupa saya selitkan juga bunga yang dibuat menggunakan kain japanese cotton 
detepi hujung bentuk hati warna purple
untuk menambah seri pengantin. chewawh!

dihadapan design simpel,
dengan nama pengantin dan bentuk hati sahaja.

belakang,
saya design khas dua ekor burung
diatas signboard umt.
tempat di mana mereka bertemu dan jatuh kasih..
sweet tak?
hihihi..
dan rumput tu saja saya letak sebagai pengukuh kepada signboard tu..

pernah jugak ada orang kata,
jadilah sekuat rumput,
ada dimana-mana,
di sungai tong, kuala lumpur, skyscraper,
malah di amerika pun ada..


Saturday, 16 November 2013

felt pillow for baby

kerling jam di dashboard.
sudah subuh rupanya.
5.10 am.
selamat pagi semua!
saya baru saja menyiapkan sebiji bantal comel untuk hadiah kepada kawan baik. bff saya.

dari pukul 3 pagi duk memilih warna benang dan jarum yang sesuai.
gunting huruf felt satu persatu
kemudian buat bunga2 untuk hiasan pada bantal.
seronok!
bertuahnya pula anak-anak saya lena tidur dan tidak bangun sedikit pun,
cuma yaya sahaja menangis sekejap.
selepas saya berikan susu terus tidur lagi. kikiki...

ini..
daripada aunty dan uncle sekeluarga..
untuk tengku airis raudah,
baby girl of my bestfriend;
cla

material bantal:
kain cotton polkadot 
huruf felt-poly
bunga2 menggunakan kain kapas perca
butang dan resin
filling- fiber.
90% jahitan tangan dan 10% jahitan mesin.

alhamdulillah siap juga.. :)
segalanya dengan izin Allah s.w.t jua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...