Showing posts with label brooch. Show all posts
Showing posts with label brooch. Show all posts

Tuesday, 10 June 2014

kerongsang bunga

alahai..
bila ke klinik doktor D minggu lepas,berkenan tengok assistant dia pakai baju kurung kapas warna krim putih dengan bunga kecil-kecil warna pink. ala inggeris gitu.
balik, cari dlm bilik kraf, jumpa kain kapas tapi bukan bunga kecil pink, cuma ada kain kapas polkadot saja.
tak kira,
berkenan juga.
lalu,
teng teng!
jadilah bunga untuk kerongsang.
belum letak tapak kerongsang lagi ni..
tak sabar nak upload. hihi.
kain warna pink.
kegemaran saya juga.
(macam ain maisarah kan? hihi)



bunga warna hitam pun ada!
jangan tak percaye..

seperti biasa,
saya ada disini untuk dihubungi
hatikraf@gmx.com

Wednesday, 4 June 2014

shawl pin

pin untuk shawl.
pin shawl ni mempunyai penutup di hujung jarum.
ada rantai jadi ia tidak mudah hilang.
senang dipakai. mudah dijaga.
hanya rm 10 sahaja sepasang.

Monday, 14 April 2014

english cotton ribbon bow (ala vantage)

my hobby when i'm feeling uneasy.
i sew.
and this is the picture that i captured using kak na's samsung galaxy s4.
it's a long story coz my s4 pic was blur.
and my camera was broken few days ago.
takpelah ujian Allah..
redho dan yakin..
insyaallah ada hikmahnya..
oklah.
layankan saja bow tie ribbon ni ye.
menggunakan kain perca kapas english cotton.
suits my daughter very well.
yaya,ibu rindu...



Friday, 7 February 2014

felt brooches from my heart.. ika hatikraf

felt brooch yang dibuat dengan jari jemari ku.. hihihi
release stress dengan menjahit dan mewarna.
eh, betullah kan.
kain felt yang gebu tu, dengan warna yang terang dan lembut
memang membawa fikiran melayang-layang masa buat brooch ni.
seronok. comel.
ah sudah. terperasan kejap.
whatsapp la ye apa-apa pun.
011-1941 27 92

Wednesday, 5 February 2014

felt brooch new design

hehe.. nak tunjuk brooch yang baru buat. bukannya design felt brooch terkini pun.. cuma saya je yang baru try buat brooch ni. walaupun dah banyak nampak terjual di pasaran, namun nikmat melihat hasil kerongsang yang dibuat sendiri tentulah lain, kan? siap satu pun rasa teruja sangat2 dah! huhu.. berpeluh juga menjahit sambil menjaga anak-anak yang begitu ramai jika ditambah anak tekak, anak didik.. dan anak-anak anak lah.. hihihi..rrfrf
senang je nak buat brooch ni. pelajar pendidikan seni (psv) pun boleh buat. cuma kena sediakan kain felt, gunting, benang dan jarum je.

rasa macam nak buat kit kerongsang macamnilah.
nak galakkan ramai orang hasilkan barang sendiri.
murah-murah dahla jual.
seringgit. ok tak?
kalau ada yang minat boleh beritahu saya ye.
emel hatikraf@gmx.com or whatsapp jelah 011-1941 27 92.

jumpa lagi!

Thursday, 23 January 2014

polkadot cotton flower brooch

again. addicted to polkadot. and cotton. and handmade brooch.
waited for so long to find the pearl button accesories to put on the top centre of my brooch.
done! alhamdulillah...
its so cold at terengganu nowadays.
brrr... feeling fresh and energetic!

-ika-

Thursday, 19 December 2013

aksesori untuk tudung dan shawl/selendang

bila browse internet dan tengok trend shawl/tudung,
ternampak wajah comel heliza helmi ni..
cantiknya dia pakai shawl dengan bow.

berkenan sungguh tengok.

dengan tak semena-mena terus rasa nak buat bow sendiri. diy la ni.

boleh pakai jugak kat tudung.

hihi.

yang atas tu saiz besar macam heliza pakai.
saya buat bow ni menggunakan kain cotton kapas.
yang bawah pula bow accesories saiz kecil sesuai juga letak kat shawl.
bahan saya gunakan kain chiffon yang buat shawl tu.
lembut je.

yang polkadot ni semua bow yang lama dah saya buat,
tapi yang ni saya buat untuk bookmark.
boleh je buat untuk brooch juga.
pelbagai kan lah.
boleh letak pin kat belakang tu, buang papaer clip tu.
recycle jelah..
senang kan?


saya suka polkadot bow yang ni.
kombinasi warna-warni dan latar belakang putih.
nampak kiut sangat.

Baca blog fatin liyana blogger popular tu.
nampak tak bow yang dia pakai?

Jomlah diy sendiri


comelnye la dia ni..
kalau pesakit datang agaknya terus sihat. .
nak buat banyak2 lah..
biar cantik jugak. (adooii nak jugak!)


 je.
kiut kiut..



heliza helmi.
pun pakai tudung yang ada bow jugak.
geramnye tengok...
sangat cantik!


ok.. sampai sini dulu
nanti saya buat bow lagi saya tunjuk lagi kat u all k...

:)

Wednesday, 11 December 2013

bunga zip

haaa inilah bunga zip yang dibuat dari tutorial yg pernah saya post kat sini.
cuma kelopak tu saya buat 5 je..
terpulang kepada citarasa masing-masing.
dah. boleh pakai brooch baru dah..
lekat kat shawl pun boleh. nak jahit terus ke nak letak pin pun takde masalah..
asalkan pandai menggayakan, semua nampak comel!

macam comel je?


link tutorial bunga zip ini KLIK

tutorial bunga daripada zip

ok hari ni saya nak share tutorial untuk buat bunga dari zip.
tutorial ni bukan saya buat sendiri ye.
saya copy daripada rakan fb. dia ambil daripada pinterest.

senang je nak buat bunga ni. boleh dijadikan kerongsang, pin rambut, hiasan pada kotak pensil, kotak tisu dan lain-lain lagilah. hihi

jom cuba!



Saturday, 12 October 2013

kerongsang yang buat orang tersenyum

hai hai ni post entry pasal senyum saja.
hihihi..




senyumlah bila dapat buat apa yg kita suka, kan?
bila saja tangan terpegang kain dan benang,
ada sajalah yang terlintas dihati.
mahu jahit dress, kena tunggu anak2 tidur dulu..
makanya paling mudah, buat brooch saja.
tak perlu guna mesin jahit.
hanya jahitan tangan sahaja.
nnati bila diorang tidur, bolehlah letak gam pula!

ini saya namakan tema pink-biru.
warna kesukaan saya..
kamu pun suka juga?
:)

Monday, 23 September 2013

hati kraf join booth

bercakap mengenai booth,
saya begitu teringin untuk membuka booth kraf saya di sekolah-sekolah.
kenapa?
sbb saya sangat suka kanak-kanak..
hihi.
saya teruja tengok barang cantik-cantik,
layan budak-budak yg banyak cakap..
bertanya itu ini..
haa... dan kali ini saya join booth dengan rakan crafter yang saya kenal di facebook.
saya join 2 booth.
yang satu tu karnival jualan amal dan yang satu lagi tu jualan hari kantin.
kedua-duanya di sekolah rendah di pasir gudang,johor.
teruja sangat!
inilah pertama kali produk hasil tangan saya berada dinegeri itu.
harapnya mendapat sambutan.

saya menghantar craft item readymade yg saya ada,
seperti hairclip,brooch dan keychain.

tengoklah!

yang ni brooch bentuk hati warna merah dan pink (from felt)
brooch bunga2 tiga layer from felt jugak,
dan saya juga ada hantar brooch felt dua layer tapi tiada dalam gambar ini sbb dah snap picture lama dah..
yang disebelah kanan tu, hairclip daripada felt yang dah dipack siap-siap. ada 18 pasang semuanya.
gambar dibawah ini lebih jelas.

haa lihatlah! cantik?
pujilah pujilaa.. hihi tak malunye saya mintak awak puji.
warnanya terang dan ceria kan?
ada rahsia tentang hairclip ni tapi tak boleh beritahu.
yg penting ianya handmade tau!

nampak tak comelnye ladybird tu bertenggek?
ladybird tu diperbuat daripada kayu.
kalau letak atas daun mesti nampak real kan?
:)


ni lagi.
ton warna berbeza. tapi masih terang
colouful lagi!

yang ni warna kuning dan biru..
kuning tu warna diraja. tapi ada pendapat ustaz yang mengatakan lelaki tidak digallakkan memakai warna kuning.
haa tapi takpela, sbb hairclip ni girl yang pakai. takpelah warna kuning!
best kan jadi perempuan? hee

hijau2 ni warna kegemaran saya...
purple tu lambang kecewa? ha ye ke? saya tak tau...

dan yang ni keychain unta ..
sebenarnya zirafah, tapi ada orang kata lebih menyerupai unta..
so biar jelah, unta pun unta..
padang pasir laa..

ada 3 warna ye, putih, pink (of course i like!) dan merah..

salam sayang dari hati.
hatikraf@gmx.com

Wednesday, 18 September 2013

kerongsang bunga layer

gedik gedik nak upload gambar kerongsang terbaru...
2 layer ye



semua ini menggunakan kain kapas.
butang di tengahnya pula butang balut atau butang bungkus.
jadi semuanya berasaskan kain.
nak?

brooch with packaging

"ada brooch readymade tak?"
terkejut saya pagi-pagi lagi ibu aqeel ni datang tanya.
rupenye dia nak bagi hadiah untuk cikgu-cikgu taska anaknya sbb dah nak berpindah.
kawan saya ini terpaksa pindah balik rumah emaknya di kampung, sbb suaminya terpaksa ditukarkan ke kelantan. kesian.. terpaksalah berjauhan dan dapat jumpa hari minggu saja.

kali ni saya siap buat sendiri sampul warna-warni untuk brooch ni.
tag pun saya buat, dan tulis dengan tangan tau.
special untuk mereka.
jangan nangis ye.
takpe jauh2 pun makin rindu.. betul tak? hihihi



Tuesday, 10 September 2013

round brooch pin

alhamdulillah. semakin ramai customer yg order round brooch pin.
senang je sekarang ni,beli online. hari ni order,bayar dan terus esok dapat barang,
jimat masa,tenaga dan harga yg berbaloi.

semoga kita semua semakin rajin berkraf ye.!

harga masih sama.
rm 6 utk 50 pcs.
termurah!


Monday, 8 July 2013

ramadhan 2013 brooches

selamat berpuasa.
semoga ibadat kita di bulan ini diterimaNya..
imsyaallah..

this is my new brooches design.
request by customers.
comes with 2 new sizes.
s and xl.
:)

tulip fabric brooches. s size. cute for kids.

polkadot and purple theme brooches. s size.

polkadot green fabric brooches. for kids.

extra large size brooches. yellow theme.

[puas hati.. lalala..]


Thursday, 13 June 2013

popular brooches. 2 layer tone color.

newest design!
flowery pink base with colorful dots.
100% handstiched.
discount price for bulk/wholesale order.
any comments?
email me at 
hatikraf@gmx.com
happy crafting!

Monday, 29 April 2013

kerongsang kain satin comel

hai.
cik puteri nak kongsi cerita baru.
selain daripada baru menyiapkan diy starter kit untuk membuat kerongsang bunga kain bernilai RM 1 yang ditempah 2oleh kawan cik puteri, cik puteri juga sempat menyiapkan beberapa kerongsang daripada kain satin. fuh mencabar rupanya menggunakan kain satin ini kerana ianya sangat licin!

berkat kesabaran dan ilham daripada Allah s.w.t,
cik puteri berjaya juga menyiapkannya. alhamdulillah.
pink satin brooch with polkadot button

purple cotton brooch and colorful fabric brooch

yellow satin brooch with covered button


p/s ; tidak suka melihat dan mendengar perbalahan di fb sejak kempen pilihanraya pru ke 13 ini.


Saturday, 13 April 2013

kerongsang bunga kain cantik

fabric flower brooch with polkadot button.
warna hijau.
jenis bunga yang berbeza.
(butang polkadot dah nak habis)

kerongsang kain bunga corak english cotton.

pin bunga kreatif berwarna biru
butang tengah polkadot.

hatikraf@gmx.com


kerongsang bunga dan manik mutiara pink

terbaru cik puteri buat kerongsang manik pink pearl.
satu lagi butterfly brooch.
kedua-dua  ni tema pink.
sesuai untuk dijadikan hadiah hari ibu.
boleh juga menempah untuk orang tersayang.
cik puteri menerima tempahan seminima 1 pc.
untuk tempahan banyak (melebihi 50 pcs,)  cik puteri memberi harga borong.
sangat murah! 
tetapi perlu maklumkan awal kerana cik puteri ada timeline untuk siapkan order.
apa lagi.
emel cik puteri at hatikraf@gmx.com ataupun pm di fb.

2 layer felt brooch

yg ni cik puteri buat menggunakan kain felt
warna pink lembut diatas,
pink terang dibawah,
butang 3d warna pink juga.

kerongsang ini pula 2 layer biru-putih.
satu sebelah kiri ni biru gelap-putih dengan butang polkadot
satu lagi kerongsang layer biru muda-putih dengan butang cupcake.

semoga puas hati ye.
terima kasih.
order boleh emel or fb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...