haa hari ni
cik puteri nak tunjuk kerongsang fabrik atau flower fabric brooch yang
cik puteri buat sendiri. kenapa anda perlu rasa nak tengok? sebab:
- ianya 100% handmade tau!
- bukan senang nak cari masa untuk buat benda yang menggembirakan hati. banyak dugaannya. setiap masa yang terluang adalah emas!
- alah cakap banyak pun buat ape kan? jom tengok koleksi pin bunga cik puteri . ianya sesuai dipakai pada shawl,tudung bawal ataupun tudung labuh.
ini pin bunga menggunakan kain denim.
kain macam jeans tetapi lebih lembut.
cik puteri suka kain jenis ini.
edisi terhad ni tau.
flower brooch ini menggunakan fabrik baju kurung biasa.
coraknya menarik dan sesuai untuk dipakai dengan baju plain.
contohnya blouse dan baju kurung sulam ayak.
yang ini pula kerongsang bunga menggunakan kain jenis tshirt.
nampak seperti cotton tetapi tebal.
dua jenis bunga yang berbeza, hujung bulat dan tajam.
kerongsang yang ini menggunakan kain bercorak.
corak angrybird,tahu?
jenis cotton.
butangnya cik puteri gunakan manik mutiara putih.
nampak ayu.
ok. brooch handmade ini juga menggunakan kain jenis tshirt.
butangnya adalah 3D.
cik puteri suka butang jenis 3d kerana ia lebih menyerlah.
anda bagaimana?
handmade brooch berbentuk bunga yang ini susah nak buat.
menggunakan kain lembut yang licin.
cik puteri tidak buat banyak pun.
butang kuning berbatu ditengahnya menaikkan lagi seri pemakai.
kain licin jenis berkilat.
brooch bunga yang ini begitu menyejukkan hati cik puteri .
warnanya lembut, kainnya berkualiti.
butang putih itu pula sangat cantik dipadankan.
macam tema wedding biru-putih.
putih.suci.
ini warna kegemaran cik puteri .
pin bunga putih.
butangnya cik puteri variasikan supaya tidak nampak dull.
sangat cute digandingkan dengan butang warna terang.
kerongsang bunga menggunakan kain baju kurung biasa.
butangnya besar, yang selalu digunakan untuk blaus wanita.
biasanya cik puteri memilih butang berwarna striking.
ini adalah kerongsang riben.
ditengahnya cik puteri letak batu@butang baju melayu.
saiz kecil sahaja.
sesuai untuk dipin pada tudung dibawah dagu.
juga sesuai untuk yang gemarkan kerongsang anak.