Saturday 8 February 2014

coin purse multiusage

bekas pelbagai guna..
hihi.
asalnya saya buat ni untuk bekas letak duit syiling. coin purse.
tetapi kemudiannya ada rakan sepejabat minta saya buatkan untuk dia,
sebagai tempat letak pendrive atau thumdrive.
jadi lah thumdrive case.
saya jahit menggunakan jahitan insang pari di sekeliling menggunakan benang biasa sahaja,
tetapi 4 lembar benang agar kukuh.
felt pula saya gunakan felt jenis keras, atau biasanya crafters panggil polyfelt.
semua applique muslimah felt, dan penguin tu saya jahit supaya lekat elok.
kalau guna gam bimbang nanti cepat tercabut.

k lah..
nanti cerita lagi ye.
ada nak tanya boleh emel saya;
hatikraf@gmx.com atau whatsapp 011-1941 27 92

Friday 7 February 2014

felt brooches from my heart.. ika hatikraf

felt brooch yang dibuat dengan jari jemari ku.. hihihi
release stress dengan menjahit dan mewarna.
eh, betullah kan.
kain felt yang gebu tu, dengan warna yang terang dan lembut
memang membawa fikiran melayang-layang masa buat brooch ni.
seronok. comel.
ah sudah. terperasan kejap.
whatsapp la ye apa-apa pun.
011-1941 27 92

Wednesday 5 February 2014

felt brooch new design

hehe.. nak tunjuk brooch yang baru buat. bukannya design felt brooch terkini pun.. cuma saya je yang baru try buat brooch ni. walaupun dah banyak nampak terjual di pasaran, namun nikmat melihat hasil kerongsang yang dibuat sendiri tentulah lain, kan? siap satu pun rasa teruja sangat2 dah! huhu.. berpeluh juga menjahit sambil menjaga anak-anak yang begitu ramai jika ditambah anak tekak, anak didik.. dan anak-anak anak lah.. hihihi..rrfrf
senang je nak buat brooch ni. pelajar pendidikan seni (psv) pun boleh buat. cuma kena sediakan kain felt, gunting, benang dan jarum je.

rasa macam nak buat kit kerongsang macamnilah.
nak galakkan ramai orang hasilkan barang sendiri.
murah-murah dahla jual.
seringgit. ok tak?
kalau ada yang minat boleh beritahu saya ye.
emel hatikraf@gmx.com or whatsapp jelah 011-1941 27 92.

jumpa lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...