Sunday 31 March 2013

nametag

orait.
back to the craft mood.
i'm busy (eceh macam vip) making these nametag.
yuhuu..!

this is made using aplhabet button.
100% handsewn
it is calso can be used as bookmark as it is light and thin.

this one is combination of sew and glu.
i used glue gun to paste the alphabet foam to the felt.
enjoy!

as always, email me at hatikraf@gmx.com for details.
:)


Tuesday 26 March 2013

bercuti di terengganu


  • jangan buat muka pelik.
  • ye. cik putri baru balik bercuti.
  • kat terengganu? ye semestinya.
  • mood: masih letih tp seronok
  • projek baru? belum start lagi.. hihi
  • apa2 nk tanye emel cik putri or pm kat fb hatikraf sajelah ye.
  • oh, ada yg tanya nak name keychain? cik putri dah ada aplhabet buttons baru... yeay!

Friday 22 March 2013

selamat pengantin baru

oh pagi2 lagi cik putri dah bersemangat update.
ini bantal untuk hadiah perkahwinan.
semalaman cik putri siapkan.
ngantuk...
tp happy sesangat..
harap penerimanya pun suka dengan hasil tangan cik putri;
birdie ni siap ada mata gedik2 tau!
jgn jeles..
pengantin perempuan tu ada veil dengan pearl lagi.
haa... cik putri like it so much!

Thursday 21 March 2013

dalam hati ada taman

tak kisahla dalam hati memang ada taman..
siap ada bunga dan kumbang..
bahagianya..
layanlah cik putri ni mengomel sokmo.
hihi
ini bunga jenis apa ye.
tepinya tajam gitu.

ini guna kain polkadot biru.
cik putri polka. haha


Wednesday 20 March 2013

bunga api!

haa..
bunga api?
tak jual ye.
cik putri jual bunga yg tak meletup tau.
:)
polkadot warna ungu gelap.
nampak mcm koko.

biru la pula..



bukan bunga?

okey.
bunga lagi.
tapi bukan bunga hutang ye.
jgn buat pinjaman dengan bunga(interest).
itu riba tau!

cik putri suka hijau ni!

sahabat itu bunga

teman baik masa sekolah dulu pernah bagi cik putri sebuah sajak
bertajuk:
"sahabat itu bunga"
sbb tu cik putri suka bunga kot.
ni bunga baru yg cik putri nak buat brooch.
comel?

bunga-bunga cinta

cik puteri rasa  terharu sgt hari ni.
ada sahabat yg sudi promote blog cik puteri.
huhu..alhamdulillah...
dengan itu,
cik puteri merajinkan diri membuat brooch bunga kesukaan cik puteri.
jemput tengok ye..
namanya pun cik putri reka.
polkadot biru.
polkablue. hihi tak kreatif langsung lah cik putri ni.

Monday 18 March 2013

oh my handwriting!

sometime we kept asking ourselves,
why i can't write beautifully?
oh my handwriting!
now,
i bring to you a solution to that.
cute pencils to choose!
like? no? yes?
email me at hatikraf@gmx.com

la la la pensil saya cantik

suka conteng2 mcm cik puteri?
lihatlah!
mesti suka buat homework dengan pensil cantik ini!
nak? emel cik puteri ye.
hatikraf@gmx.com

cute pencil topper

bunga yg cik puteri buat ni boleh juga digunakan untuk hiasan pada pensil.
selain itu boleh juga dijadikan brooch,bookmark..dll.
kalau berkenan,emel saja
atau pm di facebook "hatikraf" utk balasan yg lebih cepat.
jom tengok lagi!

hiasan pensil unik

cik puteri menghabiskan banyak masa terluang dengan ini!
hihi
pensil selalu digunakan untuk melukis,menulis,conteng2.. kn?
so apa salahnya hiaskan pensil dengan cantik!


suka? jgn lupe emel cik puteri ye.
hatikraf@gmx.com

Thursday 14 March 2013

kerongsang bunga oren

update flower brooch lagi.
menggunakan kain cotton je.
warna oren.

polkadot flower

ini versi bunga polkadot.
merahnya makngah.

new fabric buttons for my flower

kegilaan membeli butang!
setelah berhari-hari menunggu barang yg cik puteri order,
akhirnya!
butang telah sampai.
dengan bersegera dan tidak menunggu lama,
cik puteri menyiapkan kerongsang ini.

ha comel tak?

lagi kanzashi flower (betul ke tidak ejaannya)
suka suka suka

a free gift to her

hai.
uploading a free gift to my first online customer from batu pahat.
thanks a bunch!

this is for you..
a simple nametag.
handstiched by me.

handmade felt+foam nametag

eager to upload this.
gunakan masa yg ada dengan sebaiknya...
nametag special for my cousin.
it's a free gift.
made with felt and foam

felt hairband for a cute girl

untuk si comel tersayang..
hairband bertulis "azzahra" ini dibuat dengan penuh kasih sayang..
  • material: felt, cotton fabric, button, foam.

biru mata hitamku?

no no no.
i'm still having my black eyes.
biar biru mata hitamku tak sesuai untuk cik puteri ye.
zipper flower je boleh warna biru. bukan mata..

it's green. earth colour.

green and tree.
menyejukkan mata..
dark and soft green.
combine together in a harmony.

hijau jugak.. tetapi agak pucat.
kenalah ada variety. ye tak?

zipper flower

colour variation.
i use all the zippers in my wardrobe to create flower.
not so many of course.
but it's enough for me. crafting is always my soul theraphy.




yellow+orange combination.
  • sweet...

zipper flower

again. my handmade zipper flower.
lately i love zipper so much!
have fun viewing!


handmade zipper brooch

orait.
assalamualaikum..

this is my handmade zipper brooch.
white theme.
with green m&m's button.
:)

Tuesday 12 March 2013

no trak poslaju

ok. hari ni cik puteri dah selesai mengepos barang2 yang diorder termasuklah hadiah free gift yang dijanjikan.
perjalanan hari ini sangat menguji keimanan.
takpelah semoga Allah s.w.t mengampuni dosa-dosa hambaNya..

terima kasih semuanya.

EM390467517 - PN NUR,perak
EM390467525 - NA, Batu Pahat
EM390467477 - Nor, KL

boleh track pos laju anda di SINI

handphone case (girl bertudung)

okey.
handphone case ni bertema girl yang bertudung.
dia tengah senyum gembira - ala malu2 sikit. haa..
comel tak?
sila buat mata kedip-kedip dan senyum.
wah kiutnyee....

boleh ditulis nama tau.
semua material yang digunakan ialah felt bermutu.
kainnya tidak berbulu,teguh dan sedap disentuh.
jahitan tangan 100%

handmade handphone case

hai everyone!
semoga selamat,bahagia dan sihat semuanya.
cik puteri nak perkenalkan produk baru yg cik puteri buat,
iaitu;
handphone case.

boleh tulis nama tau!
kod : hp case hati
ok.. letih juga menjahitnya..
namun bila siap,penuh kepuasan.
alhamdulillah..

Sunday 10 March 2013

bunga felt brooch/hairpin/bookmark

okey.. bunga yg diperbuat daripada kain felt lagi.
semua dua layer..
yang ini cik puteri dah letak pin di belakang.
tapi boleh request untuk letak hairpin atau bookmark ye.
kali ini cik puteri buat layer biru-hitam,
layer biru 2 tone,
dan layer hijau-pink.

~smile~

Thursday 7 March 2013

crochet hat mini

cik puteri sebenarnya cemburu dengan kraf kait-mengait ni. sebabnya ianya sangat berseni dan hanya orang yang sabar je boleh siapkan projek macamni. 
ini sebenarnya projek kait pertama cik puteri.
segalanya bermula bila cik puteri tengok topi kecil ni dalam kereta ayah cik puteri.
hadiah doorgift akikah anak kawannya.
lalu cik puteri pun memaksa emak cik puteri untuk mengajarkan cara mengait.
huh berpeluh cik puteri cuba menyiapkan topi kait mini ni tau.
akhirnya berjaya juga.
lihatlah hasilnya!
(makan masa berjam nak siap. hihi.)
crochet mini hat keychain ni belum cik puteri letakkan ring lagi. lepas dah letak ring,lupa pulah nak snap picture. takpelah,lain kali ye.

p/s: hasil seni kait budak baru belajar..

pemenang free gift ditemui!

congratulations!
kepada nurhanani mohamad,
cik puteri akan poskan hadiah untuk anda.

  • terima kasih atas kerjasama!
  • ini gambar daripada fb;

hairpin flower pink

hai.
ini fresh cik puteri baru siapkan.
pink flower.
haa tengok betul-betul.
bulatkan mata ye.
bunga ni lain skit kan?
ce teka buat dengan apa?
jawab jangan tak jawab..

orang pertama yang beri jawapan dengan betul akan dapat freegift.
cepat-cepat!

edit: sudah ada pemenangnya. cik puteri post disini

SUKA?
like la. hihi

Wednesday 6 March 2013

oren-hitam pilihanku

tema perkahwinan oren-hitam?
oh lihatlah dunia..
indahnya warna-warna ciptaanNya.
cik puteri nak update brooch je sebenarnye.
boleh dijadikan doorgift mengikut tema majlis.
tema warna 2 layer. :)
enjoy!

felt flower brooch

cik puteri @ hatikraf dah google bunga baru hari ini.
dan hasilnya..
boleh juga buat kerongsang bunga menggunakan kain felt!

Q: kain felt tu apa cik puteri?
A: kain yang boleh digunakan untuk buat keychain,huruf nak tampal@jahit pada bantal.baju..etc

cik puteri mmg ada simpanan kain felt ini sbb cik puteri dah kurang menerima tempahan untuk membuat keychain nama. bukan cik puteri sombong dik, tapi cik puteri tak ada banyak masa untuk buat semua walaupun cik puteri ni sangat2lah minat dengan craft.sekarang tengah sibukkan diri buat bunga pulak. heee...

so sekarang cik puteri nak tunjuklah bunga baru yg cik puteri buat.
tengok! 
brooch 2 layer tau.
nak buat 2 tone warna pun boleh.
sesuai untuk doorgift majlis.
ataupun,
boleh la match kan dengan tudung 2 layer.
bukan pink-biru je.
banyak lagi warna lain akan muncul..
tungguuu..
fuh! projek baru lagi...
senyum...

fabric flower brooch

dalam mood yang membuak-buak untuk membuat bunga lagi.
seronok! macam mencabar diri sendiri pulak.
puas hati.. na na na

white button and green cotton fabric.
ini warna natural alami ye.
adik-adik cik puteri pun gemar dengan gabungan warna brooch ini.

handmade brooch lagi.
menggunakan fabrik hitam.
bukan hitam itu perilyys tahu.
hitam itu bukan ke.. mmm.. menawan?



kerongsang bunga yang ni pula berwarna merah-putih.
fabrik ini asalnya bercorak polka dot yang besar.
bila dibuat brooch inilah hasilnya.



ini pula corak kain yang terhad.
sebab: bunda cik puteri  punye kain perca..



percaya atau tidak,
pink dan biru merupakan gabungan yang serasi.
seperti lelaki dan perempuan..
chewah..

warna hijau gelap.
seperti baju askar.
"inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang.."
nyanyi lagi. hum.

jangan tipu kalau tak comel.
hijau-putih semestinya gabungan yang hebat.
tak kiralah tudung 2 layer ke,
warna dekorasi pelamin ke,
ianya sesuai untuk apa jua.
hah!apa kata pakai brooch ini dengan tudung fareeda anda!
mesti cun kan..


pink lembut..
selembut tuannya juga.
cik puteri  suka tengok adik-adik kecil memakai aksesori ini dikepala.
macam takboleh lepas dari mata.
nak tengok sokmo kata orang teganung.


putih bersama butang 3d pink.
kontras dan lembut kan?
fabrik ini menggunakan cotton tshirt ye.
sebab tu nampak lain sikit.


Tuesday 5 March 2013

kerongsang mania

haa hari ni cik puteri  nak tunjuk kerongsang fabrik atau flower fabric brooch yang cik puteri  buat sendiri. kenapa anda perlu rasa nak tengok? sebab:

  • ianya 100% handmade tau! 
  • bukan  senang nak cari masa untuk buat benda yang menggembirakan hati. banyak dugaannya. setiap masa yang terluang adalah emas! 
  • alah cakap banyak pun buat ape kan? jom tengok koleksi pin bunga cik puteri  . ianya sesuai dipakai pada shawl,tudung bawal ataupun tudung labuh.


ini pin bunga menggunakan kain denim. 
kain macam jeans tetapi lebih lembut. 
cik puteri  suka kain jenis ini. 
edisi terhad ni tau.

flower brooch ini menggunakan fabrik baju kurung biasa.
coraknya menarik dan sesuai untuk dipakai dengan baju plain.
contohnya blouse dan baju kurung sulam ayak.

yang ini pula kerongsang bunga menggunakan kain jenis tshirt.
nampak seperti cotton tetapi tebal.
dua jenis bunga yang berbeza, hujung bulat dan tajam.

kerongsang yang ini menggunakan kain bercorak.
corak angrybird,tahu?
jenis cotton.
butangnya cik puteri gunakan manik mutiara putih.
nampak ayu.

ok. brooch handmade ini juga menggunakan kain jenis tshirt.
butangnya adalah 3D.
cik puteri  suka butang jenis 3d kerana ia lebih menyerlah.
anda bagaimana?

handmade brooch berbentuk bunga yang ini susah nak buat.
menggunakan kain lembut yang licin.
cik puteri  tidak buat banyak pun.
butang kuning berbatu ditengahnya menaikkan lagi seri pemakai.

kain licin jenis berkilat.
brooch bunga yang ini begitu menyejukkan hati cik puteri .
warnanya lembut, kainnya berkualiti.
butang putih itu pula sangat cantik dipadankan.
macam tema wedding biru-putih.

putih.suci.
ini warna kegemaran cik puteri .
pin bunga putih.
butangnya cik puteri variasikan supaya tidak nampak dull.
sangat cute digandingkan dengan butang warna terang.

kerongsang bunga menggunakan kain baju kurung biasa.
butangnya besar, yang selalu digunakan untuk blaus wanita.
biasanya cik puteri  memilih butang berwarna striking.

ini adalah kerongsang riben.
ditengahnya cik puteri  letak batu@butang baju melayu.
saiz kecil sahaja.
sesuai untuk dipin pada tudung dibawah dagu.
juga sesuai untuk yang gemarkan kerongsang anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...