Tuesday 26 December 2017

Cara hilangkan sticker pada bekas kaca (jar)

Selalunya untuk hilangkan kesan sticker pada balang kaca, saya rendam semalaman..
Tapi hari ini,
Rasa malas nak tunggu semalaman...
Caranya,
Kikis sebanyak mana yang boleh menggunakan pisau,
Kemudian kertas sticker yang masih melekat termasuk gam tersebut boleh dihilangkan dengan menggunakan air panas.
Ambil tisu,celupkan air panas atau suam,
Lapkan dengan perlahan-lahan sehingga bekas kaca bersinar cantik.
Tadaa! Sudah boleh diiisi dengan lada hitam, rempah ratus dan sebagainya!
.
Jom berkreatif.
.

Monday 25 December 2017

Spiderman for him

Hi.
This is a spiderman pillow for mikhael.
A gift for him.
Requested long time ago..


Monday 18 December 2017

Bantal hiasan

Pernah tercari idea untuk hadiah perkahwinan, birthday atau kenangan persahabatan yang indah?
.
Boleh cuba jahit sendiri bantal hiasan seperti ini.
Tak ada mesin jahit?
Boleh sahaja jahit tangan.
.
Nak letak gambar pun boleh juga.
.
Senang dibawa .
Mahu pos juga mudah.
Tidak akan pecah..
.
Selamat tahun baru 2018.
Salam sayang.

Personalized frozen theme pillow

Alhamdulillah dah siap jahit bantal untuk anakanda.
Tema frozen dengan tulisan namanya "azzahra"..
.
Jahit tangan.
Lama dah tak menjahit.
Lega rasanya dpat menyiapkan satu projek ni harini.
.
Nikmat terbaik adalah nikmat kesihatan.
Syukur.
.
Http://hatikraf.blogspot.com
18122017

Sunday 17 December 2017

Diy kotak terpakai.


Diy mood.
.
Cuti ni alhamdulillah ada banyak masa juga..
Layan anak-anak yang semakin aktif,
Sekali-sekala melayan hobi.
Cuti sekolah dimanfaatkan sebaiknya bersama anak-anak kesayangan.
.
Malam tadi ajak mereka buat rak buku daripada kotak terpakai.
Yang ini kotak periuk noxxa.
Bahagikan kepada dua,
Dan balut dengan pembalut hadiah.
Cadangnya nak pergi juga cari wallpaper cantik-cantik di kedai mr diy..
Boleh buat macam-macam projek.
.
#diy #bookshelf

Monday 20 November 2017

Diy gift for teachers

Sudah penghujung persekolahan tahun 2017.
Malam ini membantu kakak yaya membungkus hadiah untuk kawan-kawan dan guru-gurunya..
Seronok betul dia.
Sambil membilang,
Sambil bercerita keriangan di sekolah.
.
Untuk kawan-kawan, kami berikan jajan dan coklat..
Untuk cikgu sekolah pra dan dan sekolah rendah,
Kami berikan tuala saiz dewasa berwarna biru..
Supaya boleh digunakan nanti..
Banyak gunanya tuala ini tau,
Bukan untuk mengelap badan selepas mandi sahaja.
.
Paperbag pula kami pilih corak polkadot berwarna merah.
Talinya daripada tali kraf kertas yang dipintal.
.
Semoga mereka semua gembira menerima hadiah kecil.ini.
Daripada hati kami yang ikhlas.


Monday 17 July 2017

Diy bola coklat mudah

Bila buka peti ais,
Nampak kek coklat tak habis lagi..
Nak buat apa ye?

.
Boleh cuba resepi kek coklat paling mudah ni.
..
Ambil.kek.tu.
Hancurkan dalam mangkuk,
Tambahkan kacang badam, bubble.rice..
Gaulkan dengan coklat cair.
Saya guna jenama.beryl's.
 bulat-bulatkan.
Celup sekali lagi dalam.coklat cair,
Hias dengan colorful chocolate rice.
.
Anak makan suka hati.
Ibu pun riang.

Saturday 17 June 2017

Sampul raya lagi satu hari di hari raya

Biar setiap tahun buat sampul raya sendiri,
Saya tidak jemu...
Seronok rasanya menggunting, menampal..
Dan seronok juga pergi pusing bandar untuk mencari kertas pembalut yang cantik.
.
Semalam saya jumpa pembalut kertas corak songket.
Sungguh berseni.
In sya allah bila siap buat sampul angpau nanti saya upload disini.
.
Selamat hari raya.

Thursday 8 June 2017

Diy pelipat baju

Nak timbulkan minat anak-anak lipat baju..
Jadi hari ini cuba buat dengan kotak terpakai, balut dengan kertas pembalut corak kartun mickey mouse.
Letak, lipat kotak kiri kanan,
Lipat yang bawah ke atas,
Siap.
Alhmdulillah.
Seronok je lipat baju sama-sama...
Ini je langkah-langkah yang perlu buat.
Senang kan?

Lepastu ajarlah mereka lipat macam ni.
Seronok, macam bermain pula.

Ini hasilnya yang dah siap lipat..
Bahagianya..
Pandai anak ibu.

Letak background cantik di status facebook

Sekarang ni banyak status di facebook yang menggunakan gambar-gambar menarik, misalnya status berlatar belakangkan gunung, bunga,laut, makanan, rempah ratus dan sebagainya.
.
Tahu bagaimana nak buat?
Tutorialnya senang sekali.
Pergi dekat status kawan yang awak berkenan tu, kemudian tekan "try it" di bahagian bawah gambar.
.
Jika terlalu teruja pun,
Janganlah post banyak status dalam satu masa ye.
Nanti orang menyampah pula.
Boleh saja simpan sendiri dengan cara ini;
-tekan butang public,tukar kepada only me.
Baru tekan post.
Ha senang sahaja kan?


Monday 5 June 2017

Selamat berpuasa dan berhari raya

Ika hatikraf ingin mengucapkan selamat berpuasa dan berhari raya kepada anda semua..
Dalam kesibukan kita, janganlah kita lupakan mereka yang jauh di mata..
Dan juga,
Walau sibuk menjahit ke, bekerja ke..
Boleh baca al-quran merebut pahala berganda di bulan mulia ini.

Tahu tak mudahnya mendapat pahala?
Bacalah surah al-ikhlas 3kali maka sua dapat banyak manfaatnya.
.
Cubalah ye.

Sunday 30 April 2017

hadiah hari guru

saban tahun, hari guru disambut meriah.
tema hari guru tahun 2017 ialah guru pembina negara bangsa.

hari berbahagia untuk semua warga pendidik ini disambut pada 16 mei bagi negara malaysia.

sudahkah anda fikirkan hadiah hari guru tahun ini?

saya ada beberapa cadangan hadiah untuk guru:

-alatulis
kebanyakan guru atau cikgu gemarkan alatulis. lihat sahajalah atas meja atau di dalam beg tangan mereka. mesti ada sebuah kotak pensel ataupun sebatang pen.
biasanya guru perempuan suka alatulis yang cantik dan comel, manakala guru lelaki lebih gemarkan alatulis yang pelbagai fungsi seperti pen banyak warna.

-tuala
tuala sesuai diberikan sebagai cenderamata.
apatah lagi tuala bersulam nama si pemberi dan cikgu. kenangan terindah kan.

-kad buatan tangan
ini bersifat sentimental.
di zaman information tenchnology atau era digital ini, sentuhan seni tangan sudah semakin dipinggirkan. namun masih ada sebilangan guru yang begitu menghargai kad buatan tangan, seperti cikgu yang mengajar pendidikan seni.

banyak lagi cadangan.
namun cukuplah setakat ini ye.

nanti saya kongsikan kad buatan tangan yang saya buat untuk hari guru.

salam sayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...