Friday 9 November 2018

Penanda buku

Hai.
Dah tahu nak buat apa cuti sekolah ni?
Apa kata cuba buat sendiri diy penanda buku.
Senang sahaja caranya.
Hanya gunakan kain felt pelbagai warna serta sedikit fiber. Kekabu pun boleh.
Recycle sahaja bantal lama yang sudah tidak digunakan tu.
Ini contoh handmade bookmark yang putri buatkan untuk dicuba ye.
.

Wednesday 26 September 2018

Cuti dan aktiviti

Hari ahad ini 30 september ialah hari cuti khas untuk rakyat terengganu.
Ini adalah hadiah daripada kerajaan negeri di atas kecemerlangan atlit kami di sukan sukma.
Alhamdulillah.
Syukur.
.
Kepada yang mencari idea untuk berikan hadiah kepada yang tersayang
Boleh tulis nama...
Boleh tulis kata-kata..
Nak kita poskan untuk siapa pun boleh je..
.
Klik sini http://bit.ly/2Dbv50o

Wednesday 20 June 2018

Gambar raya

Banyak snap gambar-gambar menyambut aidilfitri?
Nak buat apa dengan foto yang banyak itu?
Simpan dalam telefon pintar sahaja ke?
Rugi kan..
.
Apa kata buat album dan simpan sebagai hard copy.
Boleh jadikan kenangan untuk ditunjukkan kepada anak-anak, rakan dan keluarga.
Boleh disimpan bertahun lamanya.
.
Disini saya menawarkan perkhidmatan membuat album buku foto atau photobook kepada anda.
Hanya rm30! 
Ciri-cirinya ialah;
*Berkulit keras (hardcover)
*Gambar cantik
*Kertas kualiti premium (20 keping)
*Saiz 6" x 6"
.
Sepanjang syawal ini, tawaran pos PERCUMA untuk penghantaran semenanjung dan tambahan rm5 untuk sabah&sarawak.
.
Whatsapp sahaja 011-1941 27 92.
Cepat sebelum kuota penuh.

Thursday 19 April 2018

Diy Angpao

Ramadhan semakin hampir.
Raya 2018 menghampiri.
Dah buat persediaan?
Saya dah mula membuat diy sampul duit raya atau angpao.
Mudah sahaja, menggunakan kertas pembalut hadiah.
Satu keping kertas pembalut hadiah boleh menghasilkan 12 keping sampul duit raya.
Saya pilih pembalut yang cantik dan ceria supaya penerimanya nanti juga ceria dan gembira.
.
Jomlah buat sama-sama.
Gembirakan si kecil di kusim perayaan ini.
Tambah pahala untuk bekalan di akhirat sana.
Pic: angpao raya menggunakan pembalut tema bunga matahari dipagari kayu putih.
Saya suka.

Saturday 10 February 2018

Idea hadiah untuk yang tersayang

Kadang-kadang buntu nak belikan apa hadiah yang sesuai untuk orang tersayang.
Ini ada tips hadiah yang mudah dan penuh cinta untuk si dia..
1) masakan sesuatu untuk dia dari air tangan sendiri. Misalnya spagetti, sandwich dengan telur berbentuk hati, dan air kegemaran kamu berdua.
.
2) pakai baju yang sama warna dan ambil gambar di pantai atau di padang. Romantik, kan?
.
3) jahitkan sulaman nama kamu dan dia di atas sehelai tuala kecil ataupun di belakang tie.. perlukan kesabaran namun pastinya berbaloi.

4) reka sebuah kad yang kreatif untuk si dia.. dengan ucapan ringkas dan bermakna.
Boleh google handmade cards, pop up cards ataupun explosion box tutorial.
Nah, cubalah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...