Sunday 30 April 2017

hadiah hari guru

saban tahun, hari guru disambut meriah.
tema hari guru tahun 2017 ialah guru pembina negara bangsa.

hari berbahagia untuk semua warga pendidik ini disambut pada 16 mei bagi negara malaysia.

sudahkah anda fikirkan hadiah hari guru tahun ini?

saya ada beberapa cadangan hadiah untuk guru:

-alatulis
kebanyakan guru atau cikgu gemarkan alatulis. lihat sahajalah atas meja atau di dalam beg tangan mereka. mesti ada sebuah kotak pensel ataupun sebatang pen.
biasanya guru perempuan suka alatulis yang cantik dan comel, manakala guru lelaki lebih gemarkan alatulis yang pelbagai fungsi seperti pen banyak warna.

-tuala
tuala sesuai diberikan sebagai cenderamata.
apatah lagi tuala bersulam nama si pemberi dan cikgu. kenangan terindah kan.

-kad buatan tangan
ini bersifat sentimental.
di zaman information tenchnology atau era digital ini, sentuhan seni tangan sudah semakin dipinggirkan. namun masih ada sebilangan guru yang begitu menghargai kad buatan tangan, seperti cikgu yang mengajar pendidikan seni.

banyak lagi cadangan.
namun cukuplah setakat ini ye.

nanti saya kongsikan kad buatan tangan yang saya buat untuk hari guru.

salam sayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...