Sunday 29 June 2014

ramadhan datang lagi..

image from google.

jangan sia-siakan ramadhan.
manfaatkan sebaiknya.
LAWAN NAFSU!

Tuesday 10 June 2014

tutorial kerongsang bunga

alhamdulillah diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk berkongsi ilmu lagi.
cara-cara membuat bunga menggunakan kain.
boleh juga guna kain chiffon tetapi saya lebih suka kain kapas kerana senang nak gunting.
okey semoga bermanfaat!

sampul duit raya handmade and personalized

hai..
kembali lagi bersama saya dalam rancangaann...
hehe. koya.
nak tunjuk sampul duit raya yang saya buat khas untuk kaum keluarga,anak-anak, sahabat handai dan siapa sajalah di hari raya tahun ini..
special design.
saya lukis sendiri dan tulis dengan tulisan tangan.
haa... kagum tak?
hihi.segalanya dari Allah jua...
merah menyala!
ada gambar zirafah dan juga biri-biri.
sesuai la untuk kanak-kanak riang ria di hari raya nanti
banyak warna juga saya buat cuma tak siap lipat lagi.
semoga memberi inspirasi...
jom buat sampul raya sendiri!



kerongsang bunga

alahai..
bila ke klinik doktor D minggu lepas,berkenan tengok assistant dia pakai baju kurung kapas warna krim putih dengan bunga kecil-kecil warna pink. ala inggeris gitu.
balik, cari dlm bilik kraf, jumpa kain kapas tapi bukan bunga kecil pink, cuma ada kain kapas polkadot saja.
tak kira,
berkenan juga.
lalu,
teng teng!
jadilah bunga untuk kerongsang.
belum letak tapak kerongsang lagi ni..
tak sabar nak upload. hihi.
kain warna pink.
kegemaran saya juga.
(macam ain maisarah kan? hihi)



bunga warna hitam pun ada!
jangan tak percaye..

seperti biasa,
saya ada disini untuk dihubungi
hatikraf@gmx.com

sampul duit raya 2014

assalamualaikum...
malam tadi entah kenapa saya tidak dapat tidur.
dengan izin Allah,
saya nampak kertas dan gunting.
maka terhasillah beberapa sampul duit raya 2014 punya version.
speperti tahun2 lepas juga, saya menggunakan kertas pembalut hadiah sahaja untuk membuat sampul duit raya ini.
(kan saya pengumpul kertas pembalut hadiah tegar) hehe.
handmade tau.
jom buat sendiri!
ini sampul duit raya kartun.
ada pokok2, ada burung penguin..
warna hijau lembut.
suka!

sampul duit raya ini tema cinta.
chewah... hihi.
yang ni saiz besar, saya gunakan sampul duit raya maybank sebagai ukuran.

versi cintaku luruh di oxford. hihi
takdelah saja bagi nama.
baru habis baca novel ni jadi teringat-ingat.
cinta zuha-falah..

yang ni latarnya warna biru lembut..
salju gitu.

yang ini pula sampul duit raya diy corak abstrak.
sesuaila bagi kat dia yang jiwanya seni.

haa yang ni saya suka.
sungguh edisi terhad.
sampul duit raya corak paisley.
haa jangan ingat musim paisley ni pada kain pasang dan tudung saja tau!

okeysampul duit raya versi sajli.
ada nampak macam frozen tak?

jom segarkan mata dengan pilihan buah-buahan pula!
nanti bulan puasa terliur juga tengok sampul duit raya ni.
baik buat awal-awal.

ini tema apa ye? siap ada kunci segala..
hentam sajalah labu...

last,
tema flower..
biasalah.. orang pompuan kan..

ok selamat ber"diy"

kalau nak beli pun boleh juga, cuma emelkan pada saya=
hatikraf@gmx.com atau isi borang tempahan kat atas.
whatsaapp pun boleh je 011-1941 2792.

Wednesday 4 June 2014

shawl pin

pin untuk shawl.
pin shawl ni mempunyai penutup di hujung jarum.
ada rantai jadi ia tidak mudah hilang.
senang dipakai. mudah dijaga.
hanya rm 10 sahaja sepasang.

PEMBALUT COKLAT COMEL


personalized chocolate wrapper for teachers gift.
dengan latar polkadot putih hijau,
tulisannya terima kasih cikgu.
di dalamnya adalah gula-gula bulat pelbagai perisa.
sesuai dijadikan cenderahati kepada tetamu pelbagai acara misalnya perkahwinan, pertunangan..hari perpisahan dll

HADIAH HARI GURU

Ini adalah bantal mini yang sya buat untuk hadiah hari guru kepada cikgu-cikgu adik saya.
simple saja dan tiada applique,
yang penting ada ucapan terima kasih dan nama guru.
hargailah guru kerana tanpa mereka anda belum tentu mampu membaca..


selamat hari guru kepada semua yang pernah mengajar saya.
terutama mak ayah dan semua guru-guru..
semoga Alah merahmati kalian di mana saja anda berada.
terima kasih cikgu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...