Sunday 27 September 2015

kraf kertas

aktiviti anak-anak ditaska.
anak saya memang teruja dengan aktiviti sebegini.
cikgu kata, siap pegang lebah kertas ini dan tunggu sehingga gam kering.
hihihi.
memang anak saya suka bermain dgn gam,kertas,gunting dan alat2 kraf..

semoga dirahmati Allah selalu..

scrapbooking activity

dah lama tak buat scrapbook..
bila tengok-tengok gambar dalam laptop,
rasa teringin pula nak buat scrapbook.
jadi,
malam tadi saya kumpul tiket-tiket yang selama ni pergi berjalan dan cuba rajinkan diri buat scrapbook.
seronok pula rasanya.
main gam, gunting, pensel warna-warni...

sempat buat satu je malam tadi,
yang ni trip pergi ke kenyir elephant valley di kuala berang.tiket pun ada satu je yang dalam simpanan.
masa pergi tu 2 keping saya beli.
anak-anak dapat masuk free sahaja sebab semua bawah 4 tahun..
ada catatan perjalanan yang saya tulis dlm sampul kecil bertulis 'nota cinta'
dekat ruang yang bertulis precious moments tu saya tulis dialog lucu saya dan encik kesayangan..
buat accordion fold.
icsh.. syoknye buat scrapbook ni.
nanti ada masa boleh print gambar2 dan letak dlm tu..

Tuesday 15 September 2015

doorgift for birthday

salam..
nak kongsi handmade doorgift for my daughter's birthday party.
bukan jahit. no sew at all sebab pinggang saya sakit dan tak mampu duduk menjahit lagi..

selain daripada makanan,
dalam paperbag polkadot pink,
saya juga masukkan..
pensil warna dan buku mewarna.

untuk buku mewarna, disini saya berikan langkah-langkah saya buat diy coloring book.
(hajat dihati nak lukis sendiri tetapi tidak cukup masa utk realisasikan.. hihi)

  • google coloring pages.(ambil kartun yg disukai. sy ambil gambar kapal terbang, minion, flower, kapal, campur-campur utk boys and girls)
  • paste imej di microsoft word. (satu page 4 keping gambar)
  • fotostat banyak2.
  • potong sekeping kertas A4 kepada 4 bahagian.
  • print gambar cake dan tulis kata2 sebagai cover buku. (saya tulis nama anak dan ucapan terima kasih kepada cikgu dan kawan2)
  • staple biar lekat.
  • hias dengan glitter salotape.
  • siap!


alhamdulillah majlis yang disambut di taska berjalan lancar.
terima kasih cikgu dan kawan2 yaya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...