Tuesday 31 December 2013

tahun baru 2014

assalamualaikum..
memulakan hari di tahun baru 2014 ini dengan senyuman.
insyaallah tahun ini saya akan cuba seimbangkan antara kerjaya, keluarga, serta hobi..
begitu banyak perancangan..
segalanya diserahkan pada Allah s.w.t jua..

namun,
tidak boleh juga terlalu memikirkan dunia sedangkan kita tidak sediakan keperluan akhirat.
mana tahu sampai masanya kita dipanggil olehNya tanpa kita bawa bekalan apa-apa?
semoga kita bahagia di alam sana yang kekal selama-lamanya...

insyaallah.

Thursday 19 December 2013

aksesori untuk tudung dan shawl/selendang

bila browse internet dan tengok trend shawl/tudung,
ternampak wajah comel heliza helmi ni..
cantiknya dia pakai shawl dengan bow.

berkenan sungguh tengok.

dengan tak semena-mena terus rasa nak buat bow sendiri. diy la ni.

boleh pakai jugak kat tudung.

hihi.

yang atas tu saiz besar macam heliza pakai.
saya buat bow ni menggunakan kain cotton kapas.
yang bawah pula bow accesories saiz kecil sesuai juga letak kat shawl.
bahan saya gunakan kain chiffon yang buat shawl tu.
lembut je.

yang polkadot ni semua bow yang lama dah saya buat,
tapi yang ni saya buat untuk bookmark.
boleh je buat untuk brooch juga.
pelbagai kan lah.
boleh letak pin kat belakang tu, buang papaer clip tu.
recycle jelah..
senang kan?


saya suka polkadot bow yang ni.
kombinasi warna-warni dan latar belakang putih.
nampak kiut sangat.

Baca blog fatin liyana blogger popular tu.
nampak tak bow yang dia pakai?

Jomlah diy sendiri


comelnye la dia ni..
kalau pesakit datang agaknya terus sihat. .
nak buat banyak2 lah..
biar cantik jugak. (adooii nak jugak!)


 je.
kiut kiut..



heliza helmi.
pun pakai tudung yang ada bow jugak.
geramnye tengok...
sangat cantik!


ok.. sampai sini dulu
nanti saya buat bow lagi saya tunjuk lagi kat u all k...

:)

Friday 13 December 2013

tutorial bow kain kapas dua layer

dah jumpa pun tutorial nak buat bow dua layer!
hihi.
suke2..
klik sini ye
KLIK

Wednesday 11 December 2013

bunga zip

haaa inilah bunga zip yang dibuat dari tutorial yg pernah saya post kat sini.
cuma kelopak tu saya buat 5 je..
terpulang kepada citarasa masing-masing.
dah. boleh pakai brooch baru dah..
lekat kat shawl pun boleh. nak jahit terus ke nak letak pin pun takde masalah..
asalkan pandai menggayakan, semua nampak comel!

macam comel je?


link tutorial bunga zip ini KLIK

bantal hiasan untuk sahabat

okey,.. update lagi ye.
hari ni saya cuba ambil masa sikit (sebenarnya banyak. huhu!)
nak siapkan tempahan kawan saya..
sebelum cuti sekolah lagi dia order..
malangnya kesibukan tak sempat menang tangan der..

ni progress nya..
belum siap lagi..
berhenti dulu tapi tak sabar nak update blog..

oleh itu marilah kita meriahkan lagi blog hati kraf ini. hehe.
bantal felt yang dalam proses...
ada strawberry, pokok, pagar, dan tulisan teratak... (hehe ada lagi belum siap gunting huruf)
lenguh juga tau pegang gunting, main tukar-tukar benang ni..
separuh dah jahit dah.. pokok tu, daun, bunga dan daun strawberry tu dah jahit..
hihihi...
tengok strawberi teringat cameron highland la pulak...
uhukk.. nak gi.. nak gi...

ce teka teratak apakah?
berkenan ke nak cite ke leh whatssapp ea..
craft saje tau. takleh tanya benda lain..
whatsapp 011-1941 27 92

tutorial bunga daripada zip

ok hari ni saya nak share tutorial untuk buat bunga dari zip.
tutorial ni bukan saya buat sendiri ye.
saya copy daripada rakan fb. dia ambil daripada pinterest.

senang je nak buat bunga ni. boleh dijadikan kerongsang, pin rambut, hiasan pada kotak pensil, kotak tisu dan lain-lain lagilah. hihi

jom cuba!



Wednesday 27 November 2013

RING KEYCHAIN

item baru..
saya ada ring keychain bersaiz L.
sesuai untuk digunakan pada keychain bersaiz sederhana hingga besar.
saya pun guna sendiri keychain ni tau.
takdenye saya supply keychain yang dah berkarat.
tak baik.
so bagia anda yang nak beli ring keychain ni pm saya di fb or emel ye!
jom buat keychain banyak2!


Sunday 17 November 2013

bantal untuk ieyfa & alan

istimewa untuk adik saya merangkap bff..
saya menjahit bantal daripada felt untuk dia dan suami..
memilih warna oren sebab ... hihhihi ada rahsianya
berkaitan nama dia sendiri.
tidak sangka adik saya sudah dewasa dan telah menjadi isteri orang.
tahniah dik..

ni untuk kamu..

tidak lupa saya selitkan juga bunga yang dibuat menggunakan kain japanese cotton 
detepi hujung bentuk hati warna purple
untuk menambah seri pengantin. chewawh!

dihadapan design simpel,
dengan nama pengantin dan bentuk hati sahaja.

belakang,
saya design khas dua ekor burung
diatas signboard umt.
tempat di mana mereka bertemu dan jatuh kasih..
sweet tak?
hihihi..
dan rumput tu saja saya letak sebagai pengukuh kepada signboard tu..

pernah jugak ada orang kata,
jadilah sekuat rumput,
ada dimana-mana,
di sungai tong, kuala lumpur, skyscraper,
malah di amerika pun ada..


Saturday 16 November 2013

felt pillow for baby

kerling jam di dashboard.
sudah subuh rupanya.
5.10 am.
selamat pagi semua!
saya baru saja menyiapkan sebiji bantal comel untuk hadiah kepada kawan baik. bff saya.

dari pukul 3 pagi duk memilih warna benang dan jarum yang sesuai.
gunting huruf felt satu persatu
kemudian buat bunga2 untuk hiasan pada bantal.
seronok!
bertuahnya pula anak-anak saya lena tidur dan tidak bangun sedikit pun,
cuma yaya sahaja menangis sekejap.
selepas saya berikan susu terus tidur lagi. kikiki...

ini..
daripada aunty dan uncle sekeluarga..
untuk tengku airis raudah,
baby girl of my bestfriend;
cla

material bantal:
kain cotton polkadot 
huruf felt-poly
bunga2 menggunakan kain kapas perca
butang dan resin
filling- fiber.
90% jahitan tangan dan 10% jahitan mesin.

alhamdulillah siap juga.. :)
segalanya dengan izin Allah s.w.t jua.


Tuesday 12 November 2013

OWL KEYCHAIN

di antara owl keychain yg sempat di snap..
material boleh dibeli disini ye.
owl ini saiz lebih kurang 8cm..
banyak lagi warna-warna yg menarik

owl yang cantik.


POLY FELT

POLYESTER FELT.
sekarang saya beroperasi secara online sahaja,
maaf ye sudah tidak ada cod di kawasan terengganu.

poly felt ini sifatnya keras dan boleh dibuat kraf keychain,bunga, applique, purse, handphone cover, book cover, hairclip..

ia tidak berbulu..
mudah dijahit tangan ataupun mesin.
harga cuma rm 1.50 sekeping poly felt plain bersaiz A4.

untuk poly felt bercorak polkadot,
harga sekeping bersaiz A4 cuma rm 3.50 sekeping

jom berkraf!

Monday 4 November 2013

i have updated the materials for craft. New stock will be coming. I really eager to share them with you! Crafters and friends. I will upload polkadot poly felt later! There are 20 colors!

Monday 28 October 2013

keychain hati

warna pink lagi.
saya memang suka bentuk hati..
osh..

Sunday 27 October 2013

pin brooch


looking for brooch materials for your craft?

2 cm pin brooch

round pin brooch
available in 3 sizes.

click HERE for order

i'm updating the craft material now..

new in the house..

jom jamu mata tengok buttons cute..
di terengganu ni memang susah nak cari butang-butang cantik ni tau.
mehla tengok.
order online je dengan saya..
kain felt pun ada.. pin brooch pun ada..

bow buttons

flower buttons

love heart shape button

mickey button

star button

interested?
fill in the form here,

kain kapas cotton yang ada dlm simpanan

semalam kemas2 bilik jahitan,
tengok ada banyak lagi kain kapas cotton yang belum berusik.
tidak punya masa untuk membuat projek2 jahitan.
hajatnya hendak jadikan bekas pensil,sarung bantal atau barut baby.
kerongsang pun boleh juga..
hmm... insyaallah ada masa nanti saya akan baut..
layanla dulu gambar2 kain ni ye...
kain kartun-kartun

yang ni corak liverpool. bidang 60'. 
angry bird warna kuning ni bidang 45'.
kain liverpool ni lebih mahal kerana kualiti kain kapasnya lebih baik.
sesuai sangat buat cadar.

saya beli juga kain bear ni sebab geram tengok..
kain purle tu pun cantik juga. ada bunga2, bulat polkadot..

haa kain kapas cupcake ni memang idaman saya sejak dulu.
terasa sayang pula nak guna.hihi
yang sebelahnya kain bertulis flower. nice font, kan?

hijau.. selalu menjadi pilihan hati.
bentuk hati kecil dan juga bunga2 yang comel.
oww...

yang ni petak2 dengan ladybird, butterfly.. colourful egg...
wah meriah sungguh!

latest cotton..
minions!
apa nak dikata.. trend terkini.. hihi

Saturday 12 October 2013

kain kapas corak bola

saya membeli beberapa meter kain kapas bercorak lambang persatuan bola sepak malaysia.
dalam rancangan saya mahu buat beberapa bekas pensil dan juga tote bag.
insyaallah.. jika Allah izinkan.

saya juga membeli kain kapas tebal lambang manchester united. tetapi sayang untuk digunakan.
heh. apakah?

kerongsang yang buat orang tersenyum

hai hai ni post entry pasal senyum saja.
hihihi..




senyumlah bila dapat buat apa yg kita suka, kan?
bila saja tangan terpegang kain dan benang,
ada sajalah yang terlintas dihati.
mahu jahit dress, kena tunggu anak2 tidur dulu..
makanya paling mudah, buat brooch saja.
tak perlu guna mesin jahit.
hanya jahitan tangan sahaja.
nnati bila diorang tidur, bolehlah letak gam pula!

ini saya namakan tema pink-biru.
warna kesukaan saya..
kamu pun suka juga?
:)

semut dan senyum

setiap kali bercerita tentang haiwan, pasti saya teringat sungguh kepada anak sulung saya.
eh, dah ada anak?
ye... hihihi...

anak saya suka mendengar kisah haiwan..
dan saya gemar sekali bercerita mengenai haiwan-haiwan di dalam al-quran.

pernah dan beberapa kali juga saya bercerita mengenai nabi Sulaiman dan semut..
teruja betul dia.
"ibu, semut boleh faham ke kite cakap apa?"
"ibu,jom kita cakap dengan semut tu"

hihi.

betullah.. sedangkan nabi juga tersenyum.
apatah lagi kita..

hah! saya tidak mahu cerita mengenai semut ini.
tetapi saya ada soalan kuiz.

sila baca ye

Al Qur’an tentang kisah Nabi Sulaiman as, ketika Ia berkata kepada seekor semut,

“Maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. An Naml:19


Sumber: http://www.dakwatuna.com/2008/04/23/538/rahasia-senyum-muhammad/#ixzz2hZ9SxKgQ 


soalannya:
apakah perkataan semut itu yang menyebabkan nabi Sulaiman as tertawa?


senyuman setiap hari

senyumlah!
senang je kan?
kita gembira, kita senang hati, kita boleh senyum..
kita jumpe kawan,kita pun senyum..
tapi adakalanya kita tidak senyum kalau kita jumpa orang yg kita tidak kenal,kan?
kenapa?
senyumlah..
mungkin senyuman kita menyembuh sedikit luka dihati dia..
tapi janganlah pulak senyum tersengih-sengih macam kerang busuk..
nnt orang salah sangka pula..
hihi.
hari ini saya senyum lagi sbb nak tunjuk hasil kraf saya  ..... hehehe



name keychain ini ditempah oleh kawan-kawan..
dan kawan adik saya..
seronok membuatnya tau!
saya bukan sekadar jahit tetapi saya juga gamkan dia
agar tidak mudah tercabut!


oklah.. selamat hari raya aidiladha ye.



Saturday 28 September 2013

heart shape felt keychain

this is 10 pieces heart felt keychain ordered by my friend.
and i gave her a gift of a keychain too.
specially written "qaseh"

it's really fun sewing those purple and pink hearts..
o la la


name keychain!!

yuhuu.. alhamdulillah..
here i have finished doing the ordered name keychain from school students.
happy.

come and buy one as a gift for your loved ones!

Tuesday 24 September 2013

name keychain with alphabet button

ikhwan.. nieyna..
batrisya.. aysar.. 
rietra.. damia..
zariah... darwish..
naim...leona..

ini antara koleksi yang dipesan oleh customer.
warna kain felt boleh pilih ye.
keychain pun boleh pilih nak riben ke nak keyring.

terima kasih..

salam dari hati.
hatikraf@gmx.com

Monday 23 September 2013

hati kraf join booth

bercakap mengenai booth,
saya begitu teringin untuk membuka booth kraf saya di sekolah-sekolah.
kenapa?
sbb saya sangat suka kanak-kanak..
hihi.
saya teruja tengok barang cantik-cantik,
layan budak-budak yg banyak cakap..
bertanya itu ini..
haa... dan kali ini saya join booth dengan rakan crafter yang saya kenal di facebook.
saya join 2 booth.
yang satu tu karnival jualan amal dan yang satu lagi tu jualan hari kantin.
kedua-duanya di sekolah rendah di pasir gudang,johor.
teruja sangat!
inilah pertama kali produk hasil tangan saya berada dinegeri itu.
harapnya mendapat sambutan.

saya menghantar craft item readymade yg saya ada,
seperti hairclip,brooch dan keychain.

tengoklah!

yang ni brooch bentuk hati warna merah dan pink (from felt)
brooch bunga2 tiga layer from felt jugak,
dan saya juga ada hantar brooch felt dua layer tapi tiada dalam gambar ini sbb dah snap picture lama dah..
yang disebelah kanan tu, hairclip daripada felt yang dah dipack siap-siap. ada 18 pasang semuanya.
gambar dibawah ini lebih jelas.

haa lihatlah! cantik?
pujilah pujilaa.. hihi tak malunye saya mintak awak puji.
warnanya terang dan ceria kan?
ada rahsia tentang hairclip ni tapi tak boleh beritahu.
yg penting ianya handmade tau!

nampak tak comelnye ladybird tu bertenggek?
ladybird tu diperbuat daripada kayu.
kalau letak atas daun mesti nampak real kan?
:)


ni lagi.
ton warna berbeza. tapi masih terang
colouful lagi!

yang ni warna kuning dan biru..
kuning tu warna diraja. tapi ada pendapat ustaz yang mengatakan lelaki tidak digallakkan memakai warna kuning.
haa tapi takpela, sbb hairclip ni girl yang pakai. takpelah warna kuning!
best kan jadi perempuan? hee

hijau2 ni warna kegemaran saya...
purple tu lambang kecewa? ha ye ke? saya tak tau...

dan yang ni keychain unta ..
sebenarnya zirafah, tapi ada orang kata lebih menyerupai unta..
so biar jelah, unta pun unta..
padang pasir laa..

ada 3 warna ye, putih, pink (of course i like!) dan merah..

salam sayang dari hati.
hatikraf@gmx.com

alphabet button lagi

malam tadi bangun pukul 4 pagi..
teringat ada lagi order dari kawan-kawan adik yang belum disiapkan.
semua nak keychain nama dengan butang huruf.
belek punye belek,
terpaksalah merajinkan diri susun semua butang tu mengikut huruf dari A hingga Z.
jangan tak tau tau, bila beli bukannya dah susun ikut huruf.
beli ikut gram atau pieces,
jadinya kita sendiri yg kena susun setiap huruf tu ikut abjadnye satu-persatu.
barulah senang nak proses order.
haih. seronoknye menyusun huruf!
gambar yang sebelah kiri tu butang huruf yg sedang diasingkan.
saya labelkan siap-siap diatas setiap container tu supaya mudah capai bila nak guna nanti.
gambar disebelah kanan pula tempahan nama yang sedang disiapkan.
dalam proses lagi ni. tu baru susun je tu. hihi...
tak banyak mana, tetapi proses menjahit tu agak memakan masa sebab kena pastikan jahitan kemas dan tidak tertetas nanti.
kualiti mesti jaga.
okey.
jom berkraf lagi!

salam sayang dari hati.
hatikraf@gmx.com

Friday 20 September 2013

name keychain

keychain nama.
mengunakan butang huruf.
ianya keras tau!
tak mudah patah.
boleh digantung pada kunci (kot la hilang, orang jumpe boleh bagi)
boleh jadikan aksesori pada bekas pensil, bakul baju..
dan macam-macam lagilah. hee
awra damia

bee id



p/s nama takboleh panjang sangat.
tak cantik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...