Saturday, 28 September 2013

heart shape felt keychain

this is 10 pieces heart felt keychain ordered by my friend.
and i gave her a gift of a keychain too.
specially written "qaseh"

it's really fun sewing those purple and pink hearts..
o la la


name keychain!!

yuhuu.. alhamdulillah..
here i have finished doing the ordered name keychain from school students.
happy.

come and buy one as a gift for your loved ones!

Tuesday, 24 September 2013

name keychain with alphabet button

ikhwan.. nieyna..
batrisya.. aysar.. 
rietra.. damia..
zariah... darwish..
naim...leona..

ini antara koleksi yang dipesan oleh customer.
warna kain felt boleh pilih ye.
keychain pun boleh pilih nak riben ke nak keyring.

terima kasih..

salam dari hati.
hatikraf@gmx.com

Monday, 23 September 2013

hati kraf join booth

bercakap mengenai booth,
saya begitu teringin untuk membuka booth kraf saya di sekolah-sekolah.
kenapa?
sbb saya sangat suka kanak-kanak..
hihi.
saya teruja tengok barang cantik-cantik,
layan budak-budak yg banyak cakap..
bertanya itu ini..
haa... dan kali ini saya join booth dengan rakan crafter yang saya kenal di facebook.
saya join 2 booth.
yang satu tu karnival jualan amal dan yang satu lagi tu jualan hari kantin.
kedua-duanya di sekolah rendah di pasir gudang,johor.
teruja sangat!
inilah pertama kali produk hasil tangan saya berada dinegeri itu.
harapnya mendapat sambutan.

saya menghantar craft item readymade yg saya ada,
seperti hairclip,brooch dan keychain.

tengoklah!

yang ni brooch bentuk hati warna merah dan pink (from felt)
brooch bunga2 tiga layer from felt jugak,
dan saya juga ada hantar brooch felt dua layer tapi tiada dalam gambar ini sbb dah snap picture lama dah..
yang disebelah kanan tu, hairclip daripada felt yang dah dipack siap-siap. ada 18 pasang semuanya.
gambar dibawah ini lebih jelas.

haa lihatlah! cantik?
pujilah pujilaa.. hihi tak malunye saya mintak awak puji.
warnanya terang dan ceria kan?
ada rahsia tentang hairclip ni tapi tak boleh beritahu.
yg penting ianya handmade tau!

nampak tak comelnye ladybird tu bertenggek?
ladybird tu diperbuat daripada kayu.
kalau letak atas daun mesti nampak real kan?
:)


ni lagi.
ton warna berbeza. tapi masih terang
colouful lagi!

yang ni warna kuning dan biru..
kuning tu warna diraja. tapi ada pendapat ustaz yang mengatakan lelaki tidak digallakkan memakai warna kuning.
haa tapi takpela, sbb hairclip ni girl yang pakai. takpelah warna kuning!
best kan jadi perempuan? hee

hijau2 ni warna kegemaran saya...
purple tu lambang kecewa? ha ye ke? saya tak tau...

dan yang ni keychain unta ..
sebenarnya zirafah, tapi ada orang kata lebih menyerupai unta..
so biar jelah, unta pun unta..
padang pasir laa..

ada 3 warna ye, putih, pink (of course i like!) dan merah..

salam sayang dari hati.
hatikraf@gmx.com

alphabet button lagi

malam tadi bangun pukul 4 pagi..
teringat ada lagi order dari kawan-kawan adik yang belum disiapkan.
semua nak keychain nama dengan butang huruf.
belek punye belek,
terpaksalah merajinkan diri susun semua butang tu mengikut huruf dari A hingga Z.
jangan tak tau tau, bila beli bukannya dah susun ikut huruf.
beli ikut gram atau pieces,
jadinya kita sendiri yg kena susun setiap huruf tu ikut abjadnye satu-persatu.
barulah senang nak proses order.
haih. seronoknye menyusun huruf!
gambar yang sebelah kiri tu butang huruf yg sedang diasingkan.
saya labelkan siap-siap diatas setiap container tu supaya mudah capai bila nak guna nanti.
gambar disebelah kanan pula tempahan nama yang sedang disiapkan.
dalam proses lagi ni. tu baru susun je tu. hihi...
tak banyak mana, tetapi proses menjahit tu agak memakan masa sebab kena pastikan jahitan kemas dan tidak tertetas nanti.
kualiti mesti jaga.
okey.
jom berkraf lagi!

salam sayang dari hati.
hatikraf@gmx.com

Friday, 20 September 2013

name keychain

keychain nama.
mengunakan butang huruf.
ianya keras tau!
tak mudah patah.
boleh digantung pada kunci (kot la hilang, orang jumpe boleh bagi)
boleh jadikan aksesori pada bekas pensil, bakul baju..
dan macam-macam lagilah. hee
awra damia

bee id



p/s nama takboleh panjang sangat.
tak cantik!

Thursday, 19 September 2013

HAIRPIN FROM RIBBON

klip rambut ni dibuat daripada riben.
senang je nak buat.
boleh dijadikan cenderahati kepada tetamu bagi yg ada anak perempuan. hihi.
saya bukan taknak kongsi tutorial, tetapi rasenye dah banyak sangat tutorial untuk hairclip ni di internet. google je..

ok jemputlah tengok. untuk dibuat sumber ilham.. haa..
cepat cepat kita buat sama2..




Wednesday, 18 September 2013

kerongsang bunga layer

gedik gedik nak upload gambar kerongsang terbaru...
2 layer ye



semua ini menggunakan kain kapas.
butang di tengahnya pula butang balut atau butang bungkus.
jadi semuanya berasaskan kain.
nak?

brooch with packaging

"ada brooch readymade tak?"
terkejut saya pagi-pagi lagi ibu aqeel ni datang tanya.
rupenye dia nak bagi hadiah untuk cikgu-cikgu taska anaknya sbb dah nak berpindah.
kawan saya ini terpaksa pindah balik rumah emaknya di kampung, sbb suaminya terpaksa ditukarkan ke kelantan. kesian.. terpaksalah berjauhan dan dapat jumpa hari minggu saja.

kali ni saya siap buat sendiri sampul warna-warni untuk brooch ni.
tag pun saya buat, dan tulis dengan tangan tau.
special untuk mereka.
jangan nangis ye.
takpe jauh2 pun makin rindu.. betul tak? hihihi



keychain untuk booth

saya cuma nak tunjuk je keychain yg buat utk booth kat skolah baru-baru ni.
heh takdelah baru sangat. 2 minggu lepas kot.hihi
sempat buat sikit-sikit je,
maklumlah sibuk sesangat.
tapi demi hobi.. gagahkan juga baut malam2...
alhamdulillah, terjual juga.
seronok..


Tuesday, 17 September 2013

alphabet button

saya suka menggunakan alphabet button untuk buat keychain nama dan juga untuk hiasan pada keychain yang diperbuat daripada felt.
ia nampak cantik bila digabungkan pelbagai warna.
sekarang ini saya juga menawarkan para crafter untuk mendapatkan butang huruf ini daripada saya pada harga yang berpatutan.

cuma rm 38 untuk 100 pieces huruf. (mix from a-z)


Saturday, 14 September 2013

cenderahati perkahwinan

keychain berbentuk zirafah untuk kenangan cenderahati.
mesti ramai yang ingin menamatkan zaman bujang/dara pada akhir tahun 2013 ini kan?
tengoklah keychain comel ini.
harga menarik.
pm untuk details ye.
lebih cepat melalui fb.

yang ini pula, design daripada kain felt juga.
bentuk hati.
merah seperti jiwa yang mekar.
eheh.


 yg dibawah ni,
fridge magnet.
cantik dilekat di peti sejuk.
rasa nak makan tembikai..


keychain lagi.
arnab merah.
boleh dibela tak perlu bagi makan.
dia tak merajuk..
:)


yang ini bear...
haa pilihlah ye.
terima kasih.




Tuesday, 10 September 2013

round brooch pin

alhamdulillah. semakin ramai customer yg order round brooch pin.
senang je sekarang ni,beli online. hari ni order,bayar dan terus esok dapat barang,
jimat masa,tenaga dan harga yg berbaloi.

semoga kita semua semakin rajin berkraf ye.!

harga masih sama.
rm 6 utk 50 pcs.
termurah!


Tuesday, 3 September 2013

transforming the old dustbin

hari-hari buang sampah.
tengok tong sampah pun rasa boring,kan.

satu hari,
saya dapat idea.
ambil kertas pembalut hadiah tema pooh bear, terus saya ukur tong sampah jenama elianware kat rumah tu, dan ... taddaaaaa.... jadi cantik dah tong sampah saya.

diy jugalah ni. hihi.

putera kecil bangun dari tidur subuh2 tu terus tanya
"ibu, ayah beli tong sampah baru ye? cantiknye ada kartun..!"

maka saya pun senyum lebar ke telinga...
terima kasih anak, kamu membuat ibu rasa bahagia....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...