Monday 23 September 2013

alphabet button lagi

malam tadi bangun pukul 4 pagi..
teringat ada lagi order dari kawan-kawan adik yang belum disiapkan.
semua nak keychain nama dengan butang huruf.
belek punye belek,
terpaksalah merajinkan diri susun semua butang tu mengikut huruf dari A hingga Z.
jangan tak tau tau, bila beli bukannya dah susun ikut huruf.
beli ikut gram atau pieces,
jadinya kita sendiri yg kena susun setiap huruf tu ikut abjadnye satu-persatu.
barulah senang nak proses order.
haih. seronoknye menyusun huruf!
gambar yang sebelah kiri tu butang huruf yg sedang diasingkan.
saya labelkan siap-siap diatas setiap container tu supaya mudah capai bila nak guna nanti.
gambar disebelah kanan pula tempahan nama yang sedang disiapkan.
dalam proses lagi ni. tu baru susun je tu. hihi...
tak banyak mana, tetapi proses menjahit tu agak memakan masa sebab kena pastikan jahitan kemas dan tidak tertetas nanti.
kualiti mesti jaga.
okey.
jom berkraf lagi!

salam sayang dari hati.
hatikraf@gmx.com

No comments:

Post a Comment

dari hati awak ke hati saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...