Wednesday, 27 November 2013

RING KEYCHAIN

item baru..
saya ada ring keychain bersaiz L.
sesuai untuk digunakan pada keychain bersaiz sederhana hingga besar.
saya pun guna sendiri keychain ni tau.
takdenye saya supply keychain yang dah berkarat.
tak baik.
so bagia anda yang nak beli ring keychain ni pm saya di fb or emel ye!
jom buat keychain banyak2!


Sunday, 17 November 2013

bantal untuk ieyfa & alan

istimewa untuk adik saya merangkap bff..
saya menjahit bantal daripada felt untuk dia dan suami..
memilih warna oren sebab ... hihhihi ada rahsianya
berkaitan nama dia sendiri.
tidak sangka adik saya sudah dewasa dan telah menjadi isteri orang.
tahniah dik..

ni untuk kamu..

tidak lupa saya selitkan juga bunga yang dibuat menggunakan kain japanese cotton 
detepi hujung bentuk hati warna purple
untuk menambah seri pengantin. chewawh!

dihadapan design simpel,
dengan nama pengantin dan bentuk hati sahaja.

belakang,
saya design khas dua ekor burung
diatas signboard umt.
tempat di mana mereka bertemu dan jatuh kasih..
sweet tak?
hihihi..
dan rumput tu saja saya letak sebagai pengukuh kepada signboard tu..

pernah jugak ada orang kata,
jadilah sekuat rumput,
ada dimana-mana,
di sungai tong, kuala lumpur, skyscraper,
malah di amerika pun ada..


Saturday, 16 November 2013

felt pillow for baby

kerling jam di dashboard.
sudah subuh rupanya.
5.10 am.
selamat pagi semua!
saya baru saja menyiapkan sebiji bantal comel untuk hadiah kepada kawan baik. bff saya.

dari pukul 3 pagi duk memilih warna benang dan jarum yang sesuai.
gunting huruf felt satu persatu
kemudian buat bunga2 untuk hiasan pada bantal.
seronok!
bertuahnya pula anak-anak saya lena tidur dan tidak bangun sedikit pun,
cuma yaya sahaja menangis sekejap.
selepas saya berikan susu terus tidur lagi. kikiki...

ini..
daripada aunty dan uncle sekeluarga..
untuk tengku airis raudah,
baby girl of my bestfriend;
cla

material bantal:
kain cotton polkadot 
huruf felt-poly
bunga2 menggunakan kain kapas perca
butang dan resin
filling- fiber.
90% jahitan tangan dan 10% jahitan mesin.

alhamdulillah siap juga.. :)
segalanya dengan izin Allah s.w.t jua.


Tuesday, 12 November 2013

OWL KEYCHAIN

di antara owl keychain yg sempat di snap..
material boleh dibeli disini ye.
owl ini saiz lebih kurang 8cm..
banyak lagi warna-warna yg menarik

owl yang cantik.


POLY FELT

POLYESTER FELT.
sekarang saya beroperasi secara online sahaja,
maaf ye sudah tidak ada cod di kawasan terengganu.

poly felt ini sifatnya keras dan boleh dibuat kraf keychain,bunga, applique, purse, handphone cover, book cover, hairclip..

ia tidak berbulu..
mudah dijahit tangan ataupun mesin.
harga cuma rm 1.50 sekeping poly felt plain bersaiz A4.

untuk poly felt bercorak polkadot,
harga sekeping bersaiz A4 cuma rm 3.50 sekeping

jom berkraf!

Monday, 4 November 2013

i have updated the materials for craft. New stock will be coming. I really eager to share them with you! Crafters and friends. I will upload polkadot poly felt later! There are 20 colors!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...