Friday, 18 November 2016

coklat buatan tangan (handmade chocolate)

november tahun 2016 adalah bulan yang indah bagi seorang isteri dan ibu.
anak-anak cuti sekolah dan hujun tahun begini di pantai timur @ terengganu adalah musim tengkujuh.

masa untuk berehat dirumah sambil melakukan aktiviti untuk memastikan anak-anak belajar dengan seronok dan tidak formal.

antara aktiviti utama musim cuti sekolah dengan anak-anak ialah:
-memasak.

saya dan anak-anak mencuba pelbagai resepi coklat dan saya juga mengambil kelas coklat dengan guru coklat.
wah bersemangat betul kan?
dapat banyak ilmu baru mengenai coklat.
rasa nak tulis novel tentang coklat dan kami. eh,,, hehehhe

ini ialah coklat compound yang dicampur dengan bubble rice.
rasanya rangup-rangup enak sekali.
berebut si kecil makan.
ayahnya pun suka.


ini pula bubble rice chocolate.
saya buat semasa harijadi.
enaknya makan coklat ni.
saya sudah belajar dengan guru yang betul.
jadi coklat ini tidak keras ketika sejuk.
dan juga bubble rice kekal rangup.
kadang-kadang awak beli di kedai bubble rice tu dah lemau kan?
haa.. sebab tak betul caranya.
nak tempah dengan saya boleh je..
hihihi..
boleh bagi cenderahati kahwin ke majlis perpisahan guru dan pelajar sekolah ke dan majlis apa-@apalah.
nak cantik lagi letak dalam jar @balang.


yang ini pula coklat lollipop.
saya gunakan coklat pink.
nampak remaja sangat,kan.
hihihi

nanti saya update lagi tentang coklat buatan tangan saya.

ada minat boleh whatsapp nombor ni
 011-1941 2792
(ika)

No comments:

Post a Comment

dari hati awak ke hati saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...