Sunday, 27 November 2016

diy coklat doorgift untuk pengantin

salam november.
ramai yang mendirikan rumahtangga aka kahwin bulan november dan disember kan?

masa ni setiap pasangan akan rasa bahagia dan berdebar-debar menunggu hari majlis.
sudah siapkan doorgift untuk tetamu?

apa kata buat sendiri doorgift agar dapat jimat dan puas hati.

cadangan saya;
buat coklat!

coklat sememangnya makanan kegemaran ramai orang. bila kita makan coklat, kita akan rasa gembira. jadi, berilah coklat sebagai doorgift supaya tetamu yang datang meraikan kita merasa gembira dan bahagia..

ini contoh coklat buatan tangan yang saya buat.
bentuk hati.
menggunakan coklat kompaun jenama beryl's. memang sedap sangat.
didalamnya saya letak inti bubble rice. crispy rangup gitu..
boleh juga letak inti cornflakes, badam, dan lain-lain.

jom cuba!

No comments:

Post a Comment

dari hati awak ke hati saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...