Tuesday, 6 December 2016

menjahit untuk sebuah memori

sebenarnya dalam kehidupan kita banyak sekali kenangan-kenangan indah..
ada masa-masanya kita jadi rindu...

seperti menjahit,
ia adalah hobi saya..
dan memori bersama emak.

dulu-dulu semasa duduk di asrama,
enak selalu sulam nama pada barang-barang saya..
tuala, skaf, tudung...
supaya tidak tertukar.

sekarang bila ada anak,
saya sulamkan nama mereka pula pada tuala...

semoga dengan kasih yang mengalir,
tersulam juga sebuah memori..


Friday, 2 December 2016

hand embroidery letter- azzahra


on a dark night.
starless sky.
cool rain.
i sew.
a keychain for my love, azzahra.
a name i chose.
for her.

Wednesday, 30 November 2016

chocolate packaging doorgift

i choose to pack my homemade chocolate in a transparent bottle...
with a love note on it.

hope when she receives this gift,
it will make her day..
leave her happiness...

coklat cinta.
that's what i named it.

011-19412792 - whatsapp only.

hand embroidered letters

pagi -pagi dalam kedinginan angin musim tengkujuh,

sulam tangan nama anakanda
jadikan keychain pengikat hati.




ibu sayang kamu.

nak juga ke?
whatsapp 011-1941 2792

Monday, 28 November 2016

projek jahitan mudah-pin cushion

projek cuti sekolah.
untuk memastikan minda kekal cergas dan kreatif, selain daripada asyik menonton televisyen dan tidur..
apa kata cuba projek jahitan sebagai hobi.
seronok tau bermain benang dan jarum.

projek jahit kali ini ialah pin cushion.
iaitu tempat letak pin.
untuk perempuan biasanya
yelah anak gadis suka pakai shawl.
jadi perlukan tempat untuk letak pin.

kita buatlah ye.
senang saja.
ambil kain-kain yang dah tak muat pakai tu,
gunting bulat-bulat.
jahit.

untuk tutorial pin cushion macam saya buat ni boleh taip sahaja pumpkin pin cushion tutorial di youtube.

selamat mencuba!

Sunday, 27 November 2016

diy coklat doorgift untuk pengantin

salam november.
ramai yang mendirikan rumahtangga aka kahwin bulan november dan disember kan?

masa ni setiap pasangan akan rasa bahagia dan berdebar-debar menunggu hari majlis.
sudah siapkan doorgift untuk tetamu?

apa kata buat sendiri doorgift agar dapat jimat dan puas hati.

cadangan saya;
buat coklat!

coklat sememangnya makanan kegemaran ramai orang. bila kita makan coklat, kita akan rasa gembira. jadi, berilah coklat sebagai doorgift supaya tetamu yang datang meraikan kita merasa gembira dan bahagia..

ini contoh coklat buatan tangan yang saya buat.
bentuk hati.
menggunakan coklat kompaun jenama beryl's. memang sedap sangat.
didalamnya saya letak inti bubble rice. crispy rangup gitu..
boleh juga letak inti cornflakes, badam, dan lain-lain.

jom cuba!

Friday, 18 November 2016

coklat buatan tangan (handmade chocolate)

november tahun 2016 adalah bulan yang indah bagi seorang isteri dan ibu.
anak-anak cuti sekolah dan hujun tahun begini di pantai timur @ terengganu adalah musim tengkujuh.

masa untuk berehat dirumah sambil melakukan aktiviti untuk memastikan anak-anak belajar dengan seronok dan tidak formal.

antara aktiviti utama musim cuti sekolah dengan anak-anak ialah:
-memasak.

saya dan anak-anak mencuba pelbagai resepi coklat dan saya juga mengambil kelas coklat dengan guru coklat.
wah bersemangat betul kan?
dapat banyak ilmu baru mengenai coklat.
rasa nak tulis novel tentang coklat dan kami. eh,,, hehehhe

ini ialah coklat compound yang dicampur dengan bubble rice.
rasanya rangup-rangup enak sekali.
berebut si kecil makan.
ayahnya pun suka.


ini pula bubble rice chocolate.
saya buat semasa harijadi.
enaknya makan coklat ni.
saya sudah belajar dengan guru yang betul.
jadi coklat ini tidak keras ketika sejuk.
dan juga bubble rice kekal rangup.
kadang-kadang awak beli di kedai bubble rice tu dah lemau kan?
haa.. sebab tak betul caranya.
nak tempah dengan saya boleh je..
hihihi..
boleh bagi cenderahati kahwin ke majlis perpisahan guru dan pelajar sekolah ke dan majlis apa-@apalah.
nak cantik lagi letak dalam jar @balang.


yang ini pula coklat lollipop.
saya gunakan coklat pink.
nampak remaja sangat,kan.
hihihi

nanti saya update lagi tentang coklat buatan tangan saya.

ada minat boleh whatsapp nombor ni
 011-1941 2792
(ika)

Wednesday, 2 November 2016

diy handmade transparent sticker

salam..
isu harga minyak naik lagi ni saya taknak ulas ye.
kita tak mampu mengubah apa-apa.
tetapi marilah berusaha buat sesuatu yang menguntungkan kita serta jimatkan belanja harian kita.
contohnya jimatkan belanja dapur.
kita mahu dapur yang kemas dan cantik kan?

saya suka sekali melihat balang-balang di dapur yang dilabel mengikut barangan yang kita isi.

mudah untuk mencarinya kan?

disini saya kongsikan cara @ tutorial membuat sendiri transparent sticker untuk ditampal pada balang.

mudah sahaja.
ikut step yang saya kongsikan si atas.

bahan-bahan hanya menggunakan kertas dan salotape sahaja. ada di rumah kan..

bagi yang berseni bolehlah doodle atau warnakan supaya lebih cantik.
atau mudah lagi jika ada printer, terus print.

sama-sama kita bantu ekonomi keluarga.

Tuesday, 1 November 2016

mango pudding

berehat dari berkraf seketika..
suka menulis..
jadi hari ini nak berkongsi foto puding mangga..

resepi puding mangga paling senang yang saya buat ialah

*sepeket serbuk puding mangga jenama nona

caranya mudah saja.
masukkan serbuk dengan air mengikut sukatan yang ditulis pada paket.
siap!

bolehlah ambil gambar dan post di facebook ye.

makan sejuk-sejuk...
selepas dikeluarkan daripada peti ais.
memang sedap..
alhamdulillah.

Monday, 18 July 2016

kad raya readymade

masih dalam mood raya lagi..
saya terlupa update tentang kad raya..
tahun ini, sya cuma beli kad raya readymade daripada pustaka seri intan..
ada la dalam 20 keping semuanya..
saya kirim kepada kawan-kawan dan cikgu-cikgu...
seronok betul menulis kad raya..
cuma tak suka satu je,
sekarang kena beratur dan ambil  nombor giliran untuk beli setem di pejabat pos..
dulu tak perlu...just pergi terus ke mana-mana kaunter dan beli setem, sekarang tidak lagi.
bila sampai giliran saya tu,
encik dekat kaunter tu tanya
" awak lahir tahun berapa?"
saya jawab " tahun xx"
dia teruja " eh samalah kita,,... dulu zaman kita seronok kan, dapat kad raya. siap gantung cantik-cantik kat dinding, kat pokok hiasan.."
hihi....
memang masih teringat-ingat betapa seronoknya zaman itu..
berlumba-lumba kumpul kad raya...
cantik.. colourful.

saya suka kad yang bentuk puzzle dan rama-rama


insya allah tahun depan nak buat poskad raya..

Tuesday, 12 July 2016

keychain bentuk hati lambang cinta

melayan rindu pada kraf felt.
selongkar barang jahitan dalam stor,
jumpa benang,jarum,felt, riben, fiber ring...
buat keychain bentuk hati yang ditampal cantum dua warna..
ibarat mencantumkan hati-hati yang pernah terluka..
moga kembali bertaut dalam cinta..
bahagia...

Sunday, 12 June 2016

sahabat yang telah pergi

sebenarnya,
agak sedih untuk menulis tentang ini..
tentang dia..
seorang sahabat yang telah pergi mengadap Tuhan..
seorang sahabat yang baik..

saya panggilnya kak z.
dia pernah hadiahkan saya pemegang tahan panas yang dijahit tangan.
sebab dia tahu saya seorang penggemar barangan jahitan.
dia juga pandai menyulam bunga.
dulu-dulu saya pernah beri sehelai tuala muka yang kecil untuk dia sulam bunga mawar.
hasil tangan dia sangat berseni dan cantik sekali.
saya pernah lihat sulaman bunga tangan yang dijahit pada jubah anaknya. begitu kemas..

kini segalanya hanya tinggal kenangan..
dia telah pergi buat selamanya..
semoga bahagia disana dalam taman syurga...

kad raya buatan tangan

tahun ini saya berazam nak hantar kad ucapan raya kepada kawan-kawan dan adik-beradik.
ye. percayalah.
gigih google contoh-contoh kad raya dan kemudian print atas kertas manilakad.
malam tadi anak tolong warnakan.
hihi.
semoga yang menerimanya akan rasa senang hati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...